Wednesday, 23 May 2012

Persediaan Mental: 5 Langkah Gempur Exam Anda

     Assalamualaikum..Wah, sekarang dah masuk musim exam. Yang sekolah rendah pun tengah exam, yang sekolah menengah pun tengah exam, yang di universiti pun ada yang sedang menduduki exam. Bagi yang sedang bersekolah, sekarang ni exam pertengahan tahun. Yang di universiti pula, kebanyakannya sedang bertempur dengan peperiksaan akhir semester. Memandangkan musim exam sekarang ni, jadi, perkongsian WS kali ini berkaitan dengan exam juga.

     Apa jua peperiksaan yang dihadapi, yang paling penting adalah persiapan yang rapi. Exam pertengahan tahun ke akhir tahun ke percubaan ke sehinggalah ke sebesar-besar exam seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain semuanya memerlukan persediaan. Tanpa persediaan yang rapi dan mencukupi, para pelajar pastinya bermasalah menjawabnya, dan keputusan yang akan diterima nanti, senang cakap HANCUR!! Untuk mengelakkan tragedi sedemikian, antara persiapan yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar ialah persiapan mental. 

     Antara langkah-langkah mempersiap mental yang ampuh menghadapi exam adalah:

1. Kekalkan Prioriti
     Prioriti atau keutamaan anda pada masa ini adalah exam sahaja. Segala permasalahan lain ketepikan dahulu. Masalah dengan pakwe, masalah dengan kawan, masalah dengan roommate, masalah dengan family, LETAK TEPI! Sebab, jika anda mengubah prioriti, anda akan mengubah fokus seterusnya akan mengubah usaha anda ke arah menyelesaikan perkara-perkara tersebut. Buat masa sekarang, prioriti, fokus dan usaha anda hanya tertumpu kepada study dan exam anda sahaja.

2. Elakkan Stres
     Waktu kritikal sebeginilah emosi dan minda kita mudah terjentik. Oleh yang demikian, kesalahan dan kesilapan kecil mungkin boleh diketepikan seketika. Memikirkan perkara tersebut akan membebankan emosi anda sekaligus menggangu mood anda untuk study. Ingat, prioriti anda adalah exam. Elakkan perkara-perkara yang mampu menghadirkan stres dan menggangu emosi anda. Kawal mood dan emosi anda daripada sebarang permasalahan remeh.

3. Sentiasa Positif
     “Aku tak boleh”, “Boleh ke buat ni”, “Susahnya nak faham”, “Malasnya” dan pelbagai lagi ungkapan negatif menghujani persediaan kita untuk exam. Anda akan nampak diri anda sebagai “loser” jika anda menggunakan kaca mata negatif. Anda yang pilih untuk lihat diri anda bagaimana. Tukar kaca mata anda kepada kaca mata positif. “Aku Hebat!”, “Aku bole buat”, “Aku boleh skor”, Aku dapat A”. Pastinya anda dapat melihat diri anda yang baru, diri anda yang mampu melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan yang terbaik. Ingat, yakin, katakan, Anda HEBAT!!

4. Relaks
     Kebanyakan pelajar menekan diri mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Bukan tidak bagus, cuma kurang tepat. Bayangkan, jika sebiji belon yang ditiup, jika dipegang dengan biasa, akan pecahkah belon tersebut? Bagaimana jika kita menggenggam sekuatnya belon tersebut? Pommm!! Pecah jadinya. Begitu juga dengan manusia. Jika kita terlalu menekan badan dan minda kita, kita hanya akan bertambah risau, gelisah dan tertekan. Rancang pembelajaran dan dan gunakan strategi yang betul. Dan, pastikan anda sentiasa tenang dan relaks. Ingat, anda tertekan bila anda yang menekan.

5. “Panic Attack!”
     Tengah menjawab soalan, tiba-tiba “blur”. Lupa isi dan kata kunci, padahal baru je baca semalam. Apa lagi, menggelabah la, stres. Inilah yang dipanggil “Panic Attack” ketika exam. Persiapkan diri anda untuk menghadapi saat-saat sebegini. Antara cara mengawal serangan ini adalah mengawal pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas sedalamnya, menconteng dahulu apa yang terlintas di fikiran, mencari kata kunci kerana otak lebih mengingat kata kunci berbanding ayat, meninggalkan dahulu soalan tersebut dan banyakkan berselawat. Yang penting jangan panik. Relaks dan “cool” je ek.

      Jadi, dengan tips-tips yang dikongsikan ini dapat menghebatkan lagi persediaan anda menghadapi exam anda. Bukan sekadar fizikal dan intelek, mental juga harus disiapkan menghadapi detik penting dalam dunia pembelajaran anda. Mental yang kuat dapat membantu pelajar menyerap dan mengendalikan sebarang masalah dan tekanan exam dengan berkesan. WS ucapkan All the best untuk exam korang!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transforamsi daripada,

Tuesday, 8 May 2012

Di Saat Anda Blur..Cara Mengatasinya

     Assalamualaikum.. Takde idea? Tak pasti buat pilihan? Tak tahu apa nak buat? “Adoyai, aku blur la!” Itulah rungutan yang akan kita dengar. Apabila “blur” melanda, stress juga memuncak. Mana taknya, nak kena siapkan segalanya dengan cepat dan sempurna, masa itu jugalah otak tiba-tiba “hang”. Jika computer “hang”, boleh nak “restart”, tapi kalau dah otak yang “hang”, boleh ke nak “restart” otak? Tanda-tanda “blur” mula ketara. Hilang idea, hilang fokus, hilang arah, tak tahu apa nak buat, semuanya hilang. Bila dah macam tu, mulalah nak mengamuk. Baling itu, baling ini. Ha, lepas tak payah nak baling-baling lagi dah sebab WS nak kongsi 4 cara mengatasi saat “blur” anda. Jom!

Solat
     Cara ini diadaptasi daripada kaifiyat Imam Bukhari meriwayatkan hadith. Setiap kali beliau ingin memilih untuk menerima atau menolak sesuatu hadith yang disampaikan kepadanya, beliau akan terlebih dulu menunaikan solat 2 rakaat. Dengan solat 2 rakaat ini, beliau memohon panduan dan kekuatan daripada Allah untuk membuat pilihan yang tepat. Begitu juga dengan kita, apabila “blur” dilanda sesuatu masalah,beralihlah kepadaNya, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Doa dan Zikir
     Doa adalah senjata orang Islam. Terdapat pelbagai doa yang dapat kita amalkan ketika “blur”. Dan, kebanyakan doa-doa ini dipetik daripada Al Quran dan Hadith. Antaranya, ayat 286 Surah Al Baqarah, ayat 25-28 Surah Toha, ayat 87 Surah Al Anbiya’, Surah Al Insyirah, ayat 1-5 Surah A Alaq serta doa dalam hadith Rasulullah:
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ Ø³َÙ‡ْلاً ÙˆَØ£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِذَا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً           
Berpeganglah dengan kata-kata Allah bahawa sesungguhynya zikrullah itu penenang jiwa. Banyakkan berzikir,selawat dan membaca Al Quran. Dengan mengingati Allah, Allah akan memudahkan segala urusan yang kita hadapi.

Rehat
     Setelah sekian ketika anda memerah otak dan badan untuk menyiapkan tugasan, “blur” adalah antara tanda yang kedua-dua otak dan badan anda telah keletihan. Seperti kereta yang perlu berhenti seketika di RnR untuk merehatkan enjin, begitu juga dengan badan anda. Rehat seketika seperti berbaring, tidur, makan dan minum, main “game”, bersembang ataupun keluar melakukan aktiviti luar. Semua perlakuan ini dapat menghilangkan seketika tekanan dan keletihan otak dan badan.

Tonton Cerita dan Dengar Muzik
     Muzik ternyata antara terapi yang terbaik merawat tekanan dan kebuntuan. Irama serta lirik sesuatu lagu dapat menghadirkan pelbagai kesan. Ada yang mendengar muzik untuk mencari ketenangan, ada yang untuk menjadi peneman, ada yang ingin mencari keceriaan, ada yang ingin mendapat idea. Semua ini menunjukkan muzik mampu membantu anda ketika “blur”. Begitu juga dengan menonton cerita. Kadang-kadang anda boleh mendapat idea ketika menonton cerita. Dah dapat idea, hilanglah “blur.”

     Dah dapatkan? Lepas ni jika dilanda “blur”, amalkan 4 petua ini. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini, anda boleh mengucapkan “bye-bye” kepada “blur”. Dan dengan itu dapatlah anda menyiapkan segala tugasan dengan hebat sekali. Jangan “blur” lagi ek. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Saturday, 5 May 2012

10 Cara Hebat Untuk Fokus Di Dalam Kelas

     Assalamualaikum..Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglah sebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, WS ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
  
1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!

     Semoga petua dan tips yang WS kongsikan ini dapat membantu anda untuk lebih fokus di dalam kelas. Dapatkan lebih banyak tips belajar di Tips Belajar Hebat. Selamat belajar dan berjaya WS ucapkan untuk anda semua. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Friday, 27 April 2012

Anda Jiran Hebat! – Bahagian 1

     Assalamualaikum..Anda ada jiran? Sudah tentu, setiap daripada kita mempunyai jiran dalam kehidupan kita. Baik jiran yang dekat, yang jauh. Jiran yang rapat, jiran yang kurang mesra. Jiran yang baik, jiran yang bermasalah. Jiran berkeluarga, jiran yang bujang. Apa jua situasinya, kita semua mempunyai jiran. Tetapi, adakah kita seorang jiran yang hebat? Mengapa perlu kita menjadi jiran yang hebat? Inilah pokok perkongsian dalam ruang kali ini.

     Ayuh, kita lihat sejenak 2 potong hadith Rasulullah ini sebagai permulaan. “Tidak masuk syurga orang yang jirannya tidak merasa aman dengan kejahatannya.”  Dalam satu lagi hadith, Rasulullah bersabda “Tidak beriman. Tidak beriman. Tidak beriman. Jiran yang menyebabkan jiran yang lain tidak merasa aman dengan kejahatannya.” Melihatkan dua petikan hadith ini, sudah jelas peri pentingnya kita untuk menjadi jiran yang hebat. Menjadi jiran yang hebat adalah tuntutan Rasulullah.

     Memandangkan jiran adalah orang yang terdekat dengan kita, maka kita dituntut untuk sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan terhadap mereka. Oleh sebab ini jugalah Rasulullah memberi amaran bahawa kita bakal dihalang daripada memasuki syurga asbab kejanggalan perhubungan antara kita dengan jiran kita. Penghayatan erti jiran yang hebat yang dibawa oleh Rasulullah ini dapat kita lihat daripada kisah-kisah para alim ulama ketika berurusan dengan jiran mereka. Antaranya, kisah ulama terkenal Malik Bin Dinar dengan jirannya, seorang Yahudi.

     Malik bin Dinar menyewa sebuah rumah bersebelahan dengan rumah seorang Yahudi. Yahudi tersebut dengan sengaja memindahkan tandasnya bersebelahan dengan rumah yang disewa oleh Malik. Dinding pemisah antara keduanya yang sudah reput menyebabkan air najis dari tandas rumah Yahudi itu kerap kali membasahi rumah yang disewa oleh Malik, termasuklah tempat solat beliau. Tetapi beliau sangat sabar dan tidak pernah merungut atau marah.

     Setiap kali hendak solat , Malik akan membersihkan tempat solatnya. Yahudi berkenaan merasa hairan melihatkan kesabaran beliau. Lalu, suatu hari Yahudi tersebut bertandang ke rumah Malik dan bertanya hal tersebut. Lantas Malik menjawab "Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Malaikat Jibril sentiasa berwasiat kepada baginda tentang kejiranan, sehingga wujud kenyataan bahawa jiran juga berhak memperolehi harta warisan." Selepas mendengar jawapan daripada Malik, Yahudi tersebut terus memeluk Islam.

     Begitu besar penghayatan para ulama tentang pesan Rasulullah agar berbuat baik terhadap jiran. Ini kerana mereka memahami dan mengetahui hak jiran yang perlu mereka tunaikan dan pelihara serta ganjaran yang bakal menanti untuk jiran yang hebat. Kita juga perlu memiliki penghayatan sedemikian. Dengannya, hubungan kita dengan jiran kita akan sentiasa harmoni dan berlandaskan sunnah. Penghayatan sebegitu rupa juga seterusnya jika dihayati seluruh jiran, akan wujudlah suasana kejiranan yang kondusif dan aman.

     Jelaslah kepada kita bahawa berbuat baik kepada jiran adalah kewajipan ke atas setiap kita. Pesanan Rasulullah berkenaan jiran wajar dihayati sebaiknya dan diterjemahkan dalam realiti kehidupan kita. Jiran boleh menjadi tiket kita ke Syurga, juga pasport kita menuju Neraka. Oleh yang demikian, haruslah kita sentiasa menjadi jiran yang hebat! Nantikan Anda Jiran Hebat! Bahagian 2 yang akan mengupas bagaimana cara untuk kita menjadi jiran yang hebat. Anda Jiran Hebat!

Hustle upand Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 11 April 2012

Strategi Belajar Hebat: Kunci Amygdala, Have Fun!

     Assalamualaikum..Kerap kali kita mendengar pelbagai tagline “fun” ataupun seronok berkaitan belajar. Antara yang popularnya “Have fun with English”, “English is fun”, “Fun Facts”, “Fun Mathematics” dan yang terbaru menjadi fenomena ialah “Have fun with SmartStudy” iaitu tagline program motivasi kendalian Osman Affan. Jadi, kenapakah disisipkan elemen “fun” ataupun keseronokan ketika belajar? Apakah impak sebenarnya “fun” terhadap pembelajaran?
     Asasnya, maklumat deria daripada pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaran, perasaan, bau dan sentuhan adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran baik bagi budak mahupun orang dewasa. Segala maklumat yang diterima daripada kesemua deria yang terlibat ini kemudiaannya akan dihantar ke otak untuk diproses menjadi kefahaman dan ingatan (memori). 

     Namun, bukan semua maklumat yang diterima akan diproses dan disimpan terus. Maklumat-maklumat ini perlu melepasi satu penapis yang dikenali sebagai Amygdala. Penapis Amygdala berkaitan dengan emosi. Jika maklumat yang disalurkan oleh deria-deria mempunyai elemen emosi positif seperti keseronokan, ketenangan, dan keselesaan, Penapis Amygdala akan menyalurkan maklumat tersebut ke “thinking brain”. Jika maklumat yang diterima diiring bersama emosi negatif seperti kebosanan, ketegangan, dan kecelaruan, maka maklumat tersebut akan dilencong ke “nonthinking brain”.
     Apa itu “thinking brain” dan apa itu “nonthinking brain”? “Thinking brain” ialah bahagian otak yang memproses segala maklumat yang diterima menjadi kefahaman dan memori. Jika maklumat melepasi Penapis Amygdala ke bahagian ini, bermakna berlakulah pembelajaran. “Nonthinking brain” pula bahagian otak yang bersifat bertindak, bukannya memproses. Maka tidak hairanlah jika seseorang itu belajar dalam keadaan kebosanan, ketegangan dan kecelaruan, dia akan lebih mengantuk, tertekan dan tidak memahami pembelajaran, kesan reaksi “nonthinking brain”.

     Oleh yang demikian, untuk membantu memuncakkan lagi kualiti pembelajaran anda, selalulah “have fun” ketika study. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mencipta keseronokan ketika pembelajaran. Antara cadangan WS:
  • Hasilkan persekitaran yang selesa dan ceria. 
  • Tukarkan maklumat ke dalam bentuk lukisan lucu dan berwarna. (taklah bosan baca teks je) 
  • Bermain-main dengan fakta yang hendak diingati. (Contonhya, nak ingat formula a2 = b2 + c2 - 2bc kos A, ingat Abu Jadi Batman Dan Cuba Tolak Dua BeCa RosAk) 
  • Selitkan unsur-unsur humour dan gelak ketawa ketika belajar. 
  • Gunakan permainan untuk membantu pembelajaran. 
  • Senyum dan seronok ketika hendak belajar. 
  • “Refresh” ruang visual agar tidak bosan. 
  • Rehat dan minum air bagi menghilangkan penat dan tekanan.
     Jadi, sentiasa “have fun” ketika belajar. Dengan keseronokan ketika belajar, dapatlah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran sekaligus memuncakkan prestasi kita. Panduan ini bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan untuk juga para pendidik ketika mengendalikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas. Have fun and All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Friday, 6 April 2012

4 Langkah Transformasi Diri

     Assalamualaikum..Pelbagai formula dicari untuk mencipta transformasi diri yang hebat. Kini, WS ingin berkongsi 4 formula terhebat bagi meletuskan transformasi diri yang maksima. Langkah-langkah ini telah pun diterjemahkan oleh mereka-mereka yang hebat dan terbukti melonjakkan kejayaan mereka. Malah, menjadi pegangan dan prinsip kehidupan mereka. Jadi, jika anda mahu jadi sehebat mereka, jom ikuti 4 langkah hebat mengubah diri daripada seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang hebat!

Tingkatkan Standard Anda
     Setiap kali anda ingin melakukan transformasi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan standard anda. Transformasi ialah meningkatkan diri kita ke satu tahap yang baru. Jadi, tida maknanya transformasi anda jika hanya berani mensasarkan keputusan yang sama setiap ketika. Jika anda bertanya dengan mereka yang berjaya, inilah antara kunci utama kejayaan mereka. Sentiasa meningkatkan tahap dan mencabar diri mereka untuk menjadi lebih baik. Jika kita telah berjaya mencapai sesuatu, masanya pula untuk kita meningkatkan standard untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi. Inilah bukti betapa berjayanya transformasi diri anda.

Tingkatkan kepercayan diri sendiri
     Jika anda meningkatkan standard anda, namun meragui akan keupayaan anda, anda telah pun mensabotaj diri anda sendiri. Analoginya, kepercayaan diri adalah acuan, dan segala perbuatan, pemikiran dan perasaan kita adalah bentuk kuihnya. Jika bulat acuan kita, maka bulatlah kuih kita. Jika petak acuan kita, petaklah kuih kita. Kepercayaanlah yang membentuk apa yang kita lihat, apa yang kita rasa, apa yang mustahil, apa yang kita mampu. Menukar kepercayaan diri adalah pusat segala usaha transformasi diri. Mula mempercayai diri lebih daripada orang lain.

Tukar Strategi
     Untuk kejayaan yang hebat, anda memerlukan strategi yang hebat. Adalah mustahil bagi menggunakan strategi yang lemah terciptanya kejayaan yang hebat. Mana mungkin pasukan Malaysia bermain taktikal lemah jika berlawan dengan pasukan sehebat Barcelona. Begitu juga dengan transformasi diri. Kuncinya, jika anda mengulangi strategi yang sama, anda akan menghasilkan keputusan yang sama. Strategi terbaik ialah mendapatkan orang telah pun berjaya mendapat apa yang anda impikan. Dapatkan ilmu mereka, apa yang mereka lakukan, apa kepercayaan mereka dan bagaimana mereka berfikir. Mula bergerak berlandaskan strategi mereka ini.

Tawakkal
     Jika anda pernah menghadiri seminar-seminar transformasi diri, elemen inilah yang sering ditinggalkan. Ini kerana kebanyakannya ingin membuktikan bahawa anda mampu mengawal dan memandu arah segala perkara di dalam hidup anda. Kuasa segalanya di tangan anda. SALAH! Kita hanya mampu berusaha mengubah diri, Allah lah yang menentukan segalanya. Tanpa izin-Nya, buatlah sebanyak mana pun usaha pasti tidak terlaksana. Untuk menjana transformasi hebat, setelah berusaha, dekatkanlah diri kita dengan-Nya, mintalah pertolongan daripada-Nya, semoga usaha kita dipermudahkan untuk kita terus menjadi hamba-Nya yang lebih baik.

     Itulah 4 strategi transformasi diri yang hebat. Kejayaan kita adalah lambang kehidupan. Sejauh mana anda telah memanfaatkan peluang kehidup terletak pada sejauh mana kejayaan yang anda cipta. Dan, kejayaan yang anda cipta bermula dengan langkah transformasi diri. Mulakan transformasi diri hari ini, semoga kita mampu mencipta kejayaan esok. Selamat Berjaya!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 27 March 2012

Kisah: Doa Pemimpin Terfitnah

     Assalamualaikum.. Relevannya, di tengah-tengah kehangatan ura-ura dekatnya pilihanraya, perkara fitnah terhadap seseorang pemimpin seharusnya dipandang serius. Kali ini, WS ingin membawakan sebuah kisah mengenai pemimpin yang terfitnah. Faktor ideologi, parti politik, ketinggian peribadi dan ilmu menjadi magnet karisma dan kepimpinanan seorang pemimpin. Namun faktor-faktor ini juga menjadi peluru untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Dek kerana iri hati, fitnah dijadikan senjata melampiaskan cemburu dan marah terhadap seseorang pemimpin.
     Sa’ad bin Abi Waqas ialah seorang sahabat yang didoakan oleh Rasulullah S.A.W untuk dikabulkan doanya. Setiap kali dia berdoa, Allah S.W.T selalu mengabulka doanya. Kisah ini dipetik tatkala Sa’ad bin Abi Waqas menjadi gabenor di negeri Iraq. Sa’ad bin Abi Waqas telah difitnah oleh seseorang dengan mengatakan bahawa dia tidak pandai dalam sembahyang, dia tidak berlaku adil dalam melaksanakan hukum.
     Terkesan dengan fitnah tersebut,maka dia pun mendoakan orang tersebut dengan doanya: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kemiskinannya dan hadapkanlah ia ke dalam pelbagai fitnah.” Doa Sa’ad bin Abi Waqas dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Akhirnya, beberapa tahun kemudia, orang itu berdiri di jalan-jalan kota Kufah, dia meminta-minta kepada orang ramai dan menyentuh budak-budak perempuan dan mengekori mereka sambil berkata: “Aku orang tua yang mendapat musibah kerana doa Sa’ad.”
     Membaca kisah di atas, seharusnya kita berhati-hati dalam setiap kalam dan tutur kata agar tidak terjebak dengan fitnah terhadap pemimpin kita. Doa orang yang dizalimi dikatakan sangat diterima, maka ditakutkan kerana fitnah yang kita lemparkan, mereka mendoakan keburukan untuk kita. Sejauh mana pun kita tidak menyukai seseorang pemimpin, elakkanlah menjadikan fitnah sebagai senjata kita menjatuhkan kepimpinan mereka. Moga kisah di atas menjadi pedoman dan panduan untuk kita sejagat.

*Dipetik daripada: Buku “Hadith-Hadith Peringatan Buat Umur Insan”

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More